KEJAYAAN ANGGOTA
A. BERNIAGA SELEPAS BERSARA

Sdr. Mansor sedang menyiapkan buah-buahan untuk dijual.

Kereta yang dibeli olehnya dengan menggunakan wang syer anggota sewaktu menjadi anggota Koperasi KOSPETA
Saudara Mansor bin Md. Khir, pekerja Majlis Bandaraya Alor Star Sebagai pemandu telah bersara pada pertengahan bulan September 2005. Beliau bercita-cita untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan semasa hari-hari terakhirnya berkhidmat dengan Majlis. Niatnya tercapai sebaik saja beliau menerima kembali modal syer dalam tempoh 19 hari selepas bersara daripada Koperasi KOSPETA sebanyak RM8,706.51. Semasa ditemui beliau begitu sibuk menyiapkan pelbagai minuman dan buah-buahan.
B: MEMBUKA WARUNG KOPI
Pengalaman bekerja diMajlis Bandaraya Alor Star selama 22 tahun sebagai Pekerja Rendah Awam Sdra. Sobri bin Kassim berumur 43 tahun yang tinggal diTaman Sri Abadi, Alor Star, Kedah dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang Pekerja yang begitu gigih dan tidak berkira dari segi tenaga dalam menjalankan tugas sehariannya.
Dengan tugas-tugas seharian itu tidak menghalang beliau untuk mencari pendapatan yang lebih disebelah petang bagi menyara 3 orang anak. Sememangnya dimana-mana pun jika pekerja bawahan hanya bergantung kepada gaji bulanan semata-mata tidak mencukupi untuk meneruskan hidup, apatah lagi dengan keadaan inflasi harga barang yang begitu melambong tinggi ketika ini membuat semua orang rasa resah dan gelisah.
Bagi Sdra. Sobri yang berwatak sederhana mula membuka langkah dengan berazam satu tekad yang berani dalam cubaannya menceburi diri dalam perniagaan dengan bermodalkan sebanyak RM 10,000.00 yang dipinjamkan dari Koperasi KOSPETA nyata telah membawa tuah serta kejayaan bagi diri serta keluarganya.
Perniagaan yang beliau ceburi ialah dengan membuka CITY CORNER SUDUT KOPI mengunakan kereta sorong ditepi pinggir jalan mendapat sambutan dengan begitu baik dari orang ramai. Anggaran pendapatannya sehari berjumlah RM 120.00.
Katanya, kejayaan ini bukanya datang dengan sendiri jika tidak betul-betul berusaha, selama 11 tahun beliau telah merasa pelbagai pahit maung dalam urusan perniagaan khususnya untuk mendapat modal dan mencari tapak perniagaan yang lebih sesuai.
Saya amat beterima kasih dan berbangga menjadi Anggota Koperasi KOSPETA kerana KOPERASILAH yang dapat menolong serta membantu saya khususnya untuk simpanan dihari tua.


Kereta Sorong yang
ditempah khas

