Mesyuarat Agung Koperasi Kospeta Malaysia Berhad Kali Ke 28 Di Kota Bharu Kelantan
Perwakilan telah memilih semula Tuan Haji Abu Hassan bin Abdullah untuk selama 3 penggal, Mesyuarat juga telah memilih beliau sekali lagi menjadi Pengerusi seterusnya memimpin Koperasi Kospeta.
Mesyuarat kali ini telah diadakan pada 27 Jun 2010 jam 9.00 pagi selama satu hari yang telah diadakan mesyuarat agung perwakilan kali ke 28 di Kelantan Trade Centre Convention yang dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Dato' Hj.Ahmad bin Mahmood, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bahru,Bandar Raya Islam.
Turut hadir bersama adalah Saudara Hj.Abdullah bin Mahmod selaku Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) Kota Bahru, Kelantan.
Sepintas Lalu
Koperasi KOSPETA (Koperasi Serbaguna Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia Berhad) telah ditubuhkan pada 26.05.1983 bertempat di Hotel Travel Lounge, Butterworth, Seberang Perai. Pada mulanya Koperasi KOSPETA telah menumpang pejabat Kesatuan ANULAE Semenanjung Malaysia di Suleiman Court, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Apabila Kesatuan ANULAE berpindah ke pejabatnya di Wisma ANULAE, Koperasi turut mengorak langkah dengan menyewa 1 ruang pejabat di No. 76-3B, Wisma ANULAE, Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur dan kemudiannya berpindah ke ruang pejabat bersebelahan iaitu di No. 74-3A seterusnya menambah dengan menyewa satu lagi ruang No. 74-3B, di bangunan yang sama sehingga April 2002.
Pada awal penubuhannya, Koperasi hanya mempunyai seramai 100 orang anggota dengan seorang wargakerja. Lama kelamaan keanggotaannya terus bertambah sehingga kini sudah meningkat 12,518 orang dan wargakerja pula dari seorang telah meningkat kepada 22 orang.
Koperasi KOSPETA telah merayakan perayaan 10 tahun penubuhannya pada 22 Mei, 1993 di Lobi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Koperasi KOSPETA dibawah kepimpinan Tokoh Koperasi Kelas Pertama, Tuan Haji Zainal Abidin bin Hj. Muhammad yang tidak kenal erti penat lelah membawa Koperasi KOSPETA memasuki era baru Koperasi dengan merencanakan RANCANGAN 5 TAHUN pertamanya menuju matlamat Wawasan 2020.
Koperasi KOSPETA adalah Ahli Gabungan kepada Koperasi Puncak iaitu ANGKASA yang bergabung dengan Ikatan Koperasi Antarabangsa ( ICA)
Pada 6 April 2002, Koperasi KOSPETA sekali lagi menempa sejarah iaitu berpindah ke.....







