BERITA ARKIB
Lawatan Ke Koperasi Ukhwah Jalan Medan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Pada 4.12.2009 seramai 10 Anggota Lembaga dan 3 Pegawai Koperasi telah mengadakan lawatan kerja ke Koperasi Pendidikan Islam Malayisa Berhad atau dengan nama ringkasnya Koperasi Ukhwah terletak di Lorong Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur. Melawat ke pejabat-pejabat operasi Koperasi Ukhwah seperti Kedai Pajak Gadai Islam Ar rahnu, Koperasi Ukhwah Marketing, Koperasi Ukhwah Property dan Restoran Rakyat Koperasi Ukhwah. Kehadiran anggota lembaga di alu-alukan oleh YB Dato' Hj Mustapa Kamal (DSMP).
Mesyuarat Agung
Mesyuarat Agung pada tahun 2009 telah diadakan di Dewan Seri Malinja, Hotel Seri Malaysia Alor Setar Kedah. Kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah anggota sekurang-kurangnya 108 orang, mengikut undang-undang kecil negeri KOSPETA yang telah dipindah pada tahun 2005.
Pertandingan Golf Persahabatan
Sempena mesyuarat agung tersebut kesempatan ini juga diambil pada hari pertama pihak seketeriat koperasi Kospeta telah mengaturkan pertandingan golf persahabatan diantara Pegawai-pegawai Majlis Daerah Pontian dengan Ahli-ahli Lembaga Koperasi Kospeta bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturahim
Mesyuarat Agung Perwakilan
Berita Biro Wanita 2008/09
Sejak Biro wanita Kospeta 2008/09 diaktifkan, beberapa usaha dan pencapaian telah di buat dan di perolehi seperti berikut:
1. Sejak bulan Julai hingga November 2008 Biro Wanita telah mendapatkan seramai 40 orang ahli baru Kospeta
2. Wakil Biro wanita telah turut berusaha dalam kempen Kospeta meningkat ahli di Kelantan
3. Seramai 3 ahli wanita telah menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia untuk meningkat ilmu
4. Biro wanita mengutarakan beberapa cadangan perniagaan kepada Kospeta seperti pembiaan dan perniagaan kiosk di MPAJ
5. Sebgai program permulaan, Biro wanita telah berjaya mengadakan program 'Breakaway Wanita Kospeta" pada 25-26/10/08 di Kuang di mana 20 ahli wanita telah menyertainya
Seminar bersama wargakerja di Hotel Regency Alor Star, Kedah
Seminar Perancangan Strategik Pengurusan Koperasi bersama wargakerja telah di adakan pada 5hb hingga 8hb Februari 2009 bertempat di Hotel Regency Alor Star Kedah. Seminar ini bertujuan untuk merancang pengurusan yang strategik bagi menentukan visi dan misi koperasi pada masa akan datang. Dengan adanya seminar ini, pengurusan koperasi dan perancangan yang ingin di capai akan mencapai ke tahap yang di ingini daripada kedudukan koperasi di tangga ke 64 menuju ke tangga pertama. Itu adalah matlamat yang hendak di capai pada tahun 2014. Penceramah yang menceramah untuk seminar ini adalah dari Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan di anjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P).


Lawatan Ke Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah
Pada 5 Februari 2009, seramai 18 orang wargakerja Koperasi terdiri daripada 4 Pegawai Pentadbir dan 14 wargakerja telah mengadakan lawatan kerja ke Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah. Lawatan kerja ini diketuai oleh Sdra Ahmad Letfi bin Saad ,salah seorang Jawatankuasa Kawasan KOSPETA di Alor Setar, Kedah. Pada ketika ini, Anggota Lembaga dan Pengurus Koperasi menghadiri Seminar Sehari bersama Pengerusi dan Setiausaha Kawasan di Foyer Majlis Bandaraya Alor Setar.
