BERITA KOPERASI
Lawatan Ke Kuala Kangsar Membuat Labu Sayong, Pasu dan Keris
Pada 8 Januari 2010, seramai 12 orang ahli lembaga telah mengadakan lawatan ke Kuala Kangsar untuk melihat bagaimana cara membuat pasu hiasan, labu sayung dan keris di sana. Pelbagai jenis pasu hiasan yang telah di hasilkan menggunakan mesin dan tangan. Lawatan ke Kraf Warisan adalah untuk pembuatan keris yang diusahakan oleh Projek Perantisan Kraf Wawasan Daerah Kuala Kangsar






Berita Biro Wanita 2010
1. PERTANDINGAN PETANQUE WANITA ANJURAN WANITA ANGKASA DI KOMPLEK SUKAN KERAMAT PADA 6HB. MAC 2010
Atas jemputan Wanita Angkasa ,Kospeta telah menghantar 2 pasukan wanitanya melawan 22 buah kumpulan peserta dari koperasi-koperasi lain sehingga ke peringkat suku akhir.
2. LAWATAN KERJA KE KITCHEN SHOPPE FAMA 14hb. MAC 2010
Pengerusi Biro Wanita telah membuat lawatan ke Kitchen Shoppe FAMA Shah Alam pada bulan Mac 2010 untuk meninjau apakah peluang-peluang dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak FAMA yang boleh membantu wanita Kospeta dalam aktiviti usahawanan.
3. Program Keusahawanan Wanita KOSPETA April 2010
Kursus Keusahawan Untuk Wanita adalah program sulung tahun 2010 yang telah di jalankan oleh Biro Wanita Kospeta dengan jayanya .
Peserta adalah seramai 25 orang dan terdiri daripada anggota dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Ampang Jaya , Majlis Bandaran Petaling Jaya dan lain-lain.
Dengan usahasama Biro Wanita dan pihak Kolej Komuniti Selayang, para peserta telah dapat mempelajari cara membuat kuih Muffin,Queen Cake dengan hiasannya yang sedang popular masakini.
Pengerusi Kospeta Tuan Haji Abu Hassan b. Hj. Abdullah yang di iringi bersama oleh Setiausaha Kehormat, Tuan Haji Mohd. Faizi b. Aznam telah meresmikan program ini , serta telah menyampaikan sijil-sijil yang di sediakan oleh pihak Kolej Komuniti kepada peserta-peserta program.
Semua para peserta merasa bertuah dan seronok dengan program ini dan berharap pihak Kospeta akan mengadakan lagi program yang seumpamanya di masa akan datang. Terima kasih kepada AJK Biro Wanita dan Pentadbiran Kospeta!

