|
Kod Pinjaman |
Jenis Pinjaman |
| 4101 |
Pinjaman Berjamin |
| 4102 |
Pinjaman 90% |
| 4103 |
Pinjaman Segera |
| 4104 |
Pinjaman Kecemasan |
| 4105 |
Pinjaman Insuran & Cukai
Jalan |
| 4106 |
Pinjaman Barangan Elektrik |
| 4107 |
Pinjaman Perabot |
| 4108 |
Pinjaman Peralatan |
| 4109 |
Pinjaman Motosikal |
| 4110 |
Pinjaman Perlancongan |
| 4111 |
Pinjaman ASB |
| 4112 |
Pinjaman Hartanah |
| 4113 |
Pinjaman Pelaburan |
| 4114 |
Pinjaman Komputer |
| 4115 |
Pinjaman Persekolahan |
| 4116 |
Pinjaman IPTA/IPTS |
| 4117 |
Pinjaman Perayaan |
| 4118 |
Pinjaman Segera TPTP |
| 4119 |
Pinjaman Kecemasan TPTP |
| 4120 |
Pinjaman Perayaan TPTP |
| 4121 |
Pinjaman Kereta ABBA |
|
4122 |
Pinjaman Barang Kemas |
|
4101TP |
Pinjaman Peribadi TPTP |
|
4105TP |
Pinjaman Ins & Cukai TPTP |
|
7100 |
Pinjaman Barangan KVK |
1) Semua permohonan pinjaman hendaklah menggunakan Borang Permohonan Koperasi.
2)
Borang yang telah disemak lengkap dengan maklumat serta dokumen yang diperlukan akan diproses untuk diangkat kemesyuarat Jawatankuasa Kerja pada setiap bulan untuk kelulusan.
3) Slip gaji asal, kad pengenalan
peminjam dan penjamin
4)
Semua permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan “yang dahulu didahulukan”.
[Kembali ke atas]
Seseorang anggota adalah layak untuk membuat pinjaman atau menjadi penjamin dengan syarat:-
Had kelayakan untuk meminjam atau menjamin adalah dikira berdasarkan jumlah amaun 15 bulan gaji dicampur dengan modal syer setelah ditolak jumlah amaun semua tanggungan anggota kepada koperasi KECUALI tanggungan atas skim pinjaman bercagar.
Had kelayakan tanggungan seseorang penjamin hendaklah tidak melebihi RM20,000.00 bagi keseluruhan jumlah amaun tanggungan jaminannya.
[Kembali ke atas]
Anggota adalah digalakan membuat pinjaman untuk tujuan yang berfaedah atau mustahak sahaja dan diantaranya ialah:-
i) Membina atau membaiki rumah kediaman.
ii) Membeli tanah atau rumah kediaman
-
Membiayai pelajaran anggota atau anak-anak
Menjelaskan hutang
-
Perbelanjaan perubatan anggota atau tanggungannya
-
Perbelanjaan mahkamah
-
Perbelanjan perkahwinan atau kematian
-
Membeli atau membaiki kenderaan
-
Modal perniagaan
-
Lain-lain tujuan yang difikirkan munasabah boleh dipertimbangkan oleh Anggota Lembaga Koperasi
Tujuan pinjaman hendaklah dinyatakan dengan terang dan betul didalam borang pemohonan. Lembaga Koperasi
hendaklah menentukan supaya pinjaman digunakan untuk tujuan seperti yang diluluskan. Jika diketahui sekiranya pinjaman tidak
digunakan untuk tujuan seperti diluluskan maka berhaklah Lembaga Koperasi menuntut supaya wang pinjaman tersebut dibayar balik
sepenuhnya bersama faedahnya dalam tempoh satu bulan disamping mengenakan denda sebanyak lima puloh sen bagi tiap-tiap sepuluh ringgit.
Bayaran balik semua pinjaman adalah melalui potongan gaji pada setiap bulan sehingga selesai.
[Kembali ke atas]
-
Amaun pinjaman RM 50,000.00 dibawah skim ini adalah dihadkan kepada 15 bulan gaji pemohon dicampur dengan jumlah modal syer yang telah dibayar dan DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi tidak termasuk skim pinjaman bercagar.
-
Anggota adalah layak membuat permohonan ini tertakluk dengan syarat-syarat sepertri berikut:-
-
tidak mempunyai baki hutang skim pinjaman 90% atau skim pinjaman segera
-
memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang penjamin terdiri daripada anggota yang berkelayakan
(jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin adalah samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pinjaman berkenaan)
-
tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 72 bulan
-
bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 6% setahun
-
bayaran balik pinjaman bagi tujuan membuat permohonan pinjaman baru boleh dilakukan dengan syarat dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM10.00
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Anggota tidak layak membuat permohonan pinjaman baru sehingga pinjaman terdahulu telah diselesaikan sepenuhnya
[Kembali ke atas]
Skim pinjaman ini layak dipertimbangkan kepada anggota tertakluk dengan syarat-syarat seperti berikut:-
-
Amaun pinjaman adalah tidak melebihi 90% daripada jumlah modal syer anggota
-
Anggota tidak mempunyai baki pinjaman berjamin atau pinjaman segera
-
Tidak memerlukan penjamin atau cagaran
-
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 60 bulan
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 5% setahun
[Kembali ke atas]
Amaun pinjaman RM3,000.00 dihadkan kepada 15 bulan gaji anggota dicampur dengan modal syer berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi kecuali skim pinjaman becagar atau RM2,000.00 tertakluk kepada mana yang kurang (kelulusan mesyuarat agung pewakilan pada 25.06.2001)
Anggota layak membuat pinjaman ini dengan syarat:-
-
Tidak mempunyai baki hutang pinjaman berjamin dan pinjaman 90%
-
Sekurang-kurangnya 2 orang penjamin terdiri daripada anggota yang berkelayakan
(jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau
berasingan hendaklah meliputi seluruh amaun pinjaman)
-
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 12 bulan
-
Bayaran pekhidmatan adalah sebanyak 6% setahun
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
[Kembali ke atas]
Amaun pinjaman adalah dihadkan kepada 15 bulan gaji anggota dicampur dengan jumlah modal syer berbayar DITOLAK segala
tanggungan anggota kepada koperasi kecuali skim pinjaman bercagar atau RM3,000.00 tertakluk mana yang kurang
Anggota layak membuat pinjaman ini dengan syarat:-
-
Sekurang-kurangnya 2 orang penjamin terdiri daripada anggota yang berkelayakan
(jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pinjaman)
-
Pekerja tetap tidak memerlukan penjamin
-
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Kospeta dengan menyatakan alasan keperluan pinjaman
-
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 24 bulan
-
Bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 6% setahun
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Anggota yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman ini adalah layak dipertimbangkan untuk permohonan pinjaman seterusnya
[Kembali ke atas]
Anggota layak membuat permohonan ini dengan syarat:-
-
Membeli motorsikal baru yang diuruskan oleh koperasi
-
Had pinjaman adalah 100% harga sebenar motorsikal termasuk insuran dan cukai jalan tidak melebihi had maksima RM10,000.00
-
Amaun pinjamana adalah dihadkana kepada 15 bulan gaji anggota dicampur dengan jumlah modal syer dan yuran berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi tidak termasuk pinjaman bercagar
-
Penjamin sekurang-kurangnya 3 orang anggota yang berkelayakan.
(jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pinjaman)
-
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 48 bulan
-
Bayaran perkhidmatan pinjaman adalah 6% setahun
-
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang sediakan oleh koperasi dan pemohon perlu menandatangani semua borang berkaitan termasuk pindahmilik
-
Perakuan pendaftaran motorsikal akan diwasikan tuntutan hakmilik oleh koperasi sehingga peminjam menyelesaikan bayaran balik pinjaman sepenuhnya
-
Bagi tahun pertama, jumlah pinjaman adalah dikira berdasarkan harga sebenar motorsikal termasuk harga insuran comprehensive dan cukai jalan
-
Bagi tahun kedua dan seterusnya sehingga pinjaman selesai, pembaharuan insuran comprehensive dan cukai jalan hendaklah dibuat melalui skim pinjaman insuran dan cukai jalan yang disediakan oleh koperasi
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Anggota yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman motorsikal ini adalah layak untuk dipertimbangkan untuk permohonan pinjaman seterusnya
[Kembali ke atas]
-
Skim pinjaman ini hanya boleh dikeluarkan kepada anggota-anggota yang bertujuan memperbaharui Insuran dan Cukai Jalan kenderaan-kenderaan yang berdaftar atas nama pemohon atau suami/isteri-isteri dan anak-anak pemohon
-
Skim pinjaman ini juga tertakluk kepada had maksimum 15 bulan gaji pemohon dicampurkan dengan jumlah modal syer yang telah dibayar dan ditolak segala tanggungan kepada Koperasi ini kecuali skim pinjaman yang diliputi oleh cagaran
-
Skim pinjaman ini hendaklah dijamin oleh sekurang-kurangnya 2 orang anggota yang berkelayakan. Jumlah tanggungan jaminan yang dikenakan ke atas penjamin-penjamin itu samada secara bersekutu atau berasing-asingan hendaklah meliputi keseluruhan pinjaman itu
-
Seseorang anggota yang hanya membuat pinjaman cukai jalan akan dikenakan bayaran proses sebanyak 1% daripada jumlah pinjaman. Bayaran proses ini dikecualikan jika anggota membeli insuran yang dikendalikan oleh Koperasi ini
-
Tempoh bayaran balik skim pinjaman ini adalah tidak melebihi 10 bulan dengan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 6% setahun
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Seseorang anggota layak mendapat pinjaman di bawah skim ini sehingga 4 kali dalam tempoh semasa ia masih menanggung hutang skim pinjaman ini.
[Kembali ke atas]
Amaun pinjaman adalah dihadkan kepada 15 bulan gaji anggota dicampur dengan jumlah modal syer berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi kecuali pinjaman bercagar.
-
Pinjaman ini adalah untuk tujuan lawatan dalam atau keluar negara yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi
-
Penjamin diperlukan sekurang-kurangnya 2 orang anggota yang berkelayakan.(jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau berasingan hendaklah meliputi seluruh jumlah pinjaman)
-
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 60 bulan
-
Bayaran perkhidmatan dikenakan sebanyak 6% setahun
-
Skim pinjaman ini akan dikenakan bayaran proses yang akan ditentukan amaunnya oleh Lembaga dari masa ke semasa
-
Seseorang anggota adalah layak mendapat pinjaman dibawah skim ini sebanyak 4 kali dalam tempoh masa ia masih menanggung hutang skim pinjaman yang lain
-
Perlu kemukakan
sebutharga dengan Syarikat pelancongan atau koperasi
akan menguruskan dengan mana-mana Syarikat pelancongan
dan segala pembelanjaan terus di bayar kepada Syarikat
tersebut
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
[Kembali ke atas]
Skim pinjaman ini ditanguhkan sementara waktu sehingga mendapat kelulusan semula oleh pihak PNB
[Kembali ke atas]
Skim ini dikeluarkan kepada anggota yang ingin membeli saham syarikat-syarikat berhad yang diuruskan pembeliannya oleh Kospeta
-
Had maksima pinjaman adalah sebanyak RM5,000.00 dan minima sebanyak RM1,000.00
-
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 48 bulan
-
Bayaran perkhidmatan dikenakan sebanyak 6% setahun
-
Anggota adalah layak memohon pinjaman ini walaupun masih mempunyai bebana tangungan pinjaman dengan koperasi
-
Penjamin diperlukan sekurang-kurangnya 2 orng anggota yang berkelayakan
-
Kelulusan pinjaman ini adalah tertakluk kepada kemampuan seseorang anggota untuk membuat bayaran balik pinjaman
-
Sijil Pelaburan adalah merupakan cagaran didalam skim pinjaman ini
-
Borang pindahmilik pelaburan akan terbatal dengan sendirinya setelah anggota menyelesaikan bayaran balik pinjaman sepenuhnya
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Sekiranya anggota tidak membuat bayaran balik pinjaman selama 3 bulan berturut-turut maka koperasi berhak menjual balik saham berkenaan dan menyelaraskan bebanan tanggungannya.
[Kembali ke atas]
Skim ini disediakan untuk membantu perbelanjaan persekolah anak-anak anggota diperingkat sekolah rendah dan menengah.
Kadar pinjaman adalah seperti berikut:-
Peringkat sekolah, kadar bagi seorang anak:
Nota: Had maksima bagi seorang anggota ialah RM2,000.00
[Kembali ke atas]
Skim ini disediakan untuk kemudahan anggota dan anak-anak anggota yang layak dengan syarat-syarat seperti berikut:-
-
Anggota atau anak anggota telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian samada sepenuh masa atau separuh masa (luar kampus) ke peringkat Persijilan/Diploma atau Ijazah diIPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan samada didalam atau diluar Negara
-
Pinjaman diberikan untuk tujuan pendaftaran kemasukan tahun pertama sahaja
-
Bagi anggota, pinjaman ini hanya dikeluarkan untuk pengajian luar kampus dengan bergaji penuh,
-
Had maksima pinjaman ialah – RM 5,000.00 bagi peringkat ijazah,
- RM 2,500.00 bagi peringkat Diploma
- RM 1,000.00 bagi peringkat Persijilan
-
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman ialah tidak melebihi 30 bulan bagi pinjaman peringkat ijazah dan tidak melebihi 20 bulan bagi peringkat Diploma/Persijilan
-
Kadar bayaran perkhidmatan ialah 4% setahun
-
Pemohon telah menjadi anggota secara berterusan selama tidak kurang 12 bulan dan telah mempunyai syer terkumpul tidak kurang RM500.00
-
Penjamin sekurang-kurangnya 2 orang anggota yang berkelayakan
-
Salinan surat pengesahan masuk ke IPTA/IPTS perlu disertakan bersama permohonan pinjaman
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Skim pinjaman ini layak dimohon walaupun anggota masih mempunyai baki hutang dibawah skim pinjaman yang lain.
[Kembali ke atas]
Skim ini ditawarkan khusus bagi anggota untuk menyambut perayaan utama iaitu:-
-
Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil Adha
-
Deepavali
-
Tahun Baru Cina
-
Krismas
-
Had maksima pinjaman ialah RM 2,000.00
-
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 12 bulan
-
Bayaran perkhidmatan ialah 6% setahun
-
Anggota adalah layak membuat permohonan ini walaupun masih mempunyai tanggungan hutang dibawah lain-lain skim pinjaman
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
(kelulusan mesyuarat agung pada 19.06.2004)
[Kembali ke atas]
Skim ini disediakan bagi kemudahan anggota untuk memiliki hartanah sendiri dengan syarat seperti berikut:-
-
Anggota layak membeli tanah yang diuruskan pembeliannya oleh anggota sendiri ATAU hartanah yang projeknya diuruskan oleh koperasi sendiri
-
Had maksima pinjaman ialah RM100,000.00 atau 95% daripada nilai jualan tanah,
-
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 180 bulan,
-
Kadar bayaran perkhidmatan ialah 6.5% setahun,
-
Segala perbelanjaan bagi pecah lot tanah, pindahmilik dan lain-lain bayaran professional adalah tanggungan anggota (pembeli) sendiri,
-
Hakmilik tanah akan dicagar kepada koperasi sehingga bayaran balik selesai sepehunnya dan pelepasan agaran adalah tanggungan anggota yang membuat pinjaman,
-
Jika anggota gagal meneruskan bayaran pinjaman disebabkan meninggal dunia atau terlucut haknya sebagai anggota koperasi maka anggota hendaklah menyelesaikan
semua baki pinjamannya ATAU menjual hakmilik tanah tersebut kepada warisnya atau lain-lain anggota koperasi yang sanggup membelinya. Jika gagal berbuat demikian maka hartanah tersebut
adalah menjadi hakmilik koperasi dengan cara meyelaraskan bebanan tanggungan mengikut nilai pasaran semasa hartanah berkenaan ATAU diselaraskan dengan syernya setelah ditolak segala
tanggungan hutangnya yang ada
-
Setelah pinjaman ini diluluskan , angota hendaklah mengambil insuran gadaian keatas pinjaman tersebut sepertimana yang diluluskan oleh koperasi
-
Pertimbangan dan kelulusan permohonan ini oleh Lembaga Koperasi adalah berdasarkan kemampuan seseorang anggota untuk membuat bayaran balik pinjaman
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Setiap anggota adalah layak untuk membuat pinjaman ini sekali sahaja dalam tempoh keanggotaanya.
[Kembali ke atas]
Skim ini adalah untuk memberi kemudahan kepada anggota untuk membeli kereta dengan syarat-syarat seperti berikut:-
-
Syer terkumpul anggota tidak kurang RM2,000.00
-
Telah menjadi anggota melebihi 3 tahun
-
Had maksima pembiayaan ialah RM 50,000.00
-
Tempoh bayaran balik pinjaman tidak melebihi 72 bulan
-
Bayaran perkhidmatan (kaedah Murabahah 5% setahun)
-
Kenderaan adalah untuk kegunaan anggota sendiri
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Anggota bertaraf kontrak ataau sementara tidak layak meminjam skim ini.
[Kembali ke atas]
Skim ini bertujuan untuk membantu anggota memiliki rumah sendiri dan syarat-syarat pinjaman adalah seperti berikut:-
-
Syer terkumpul anggota tidak kurang daripada RM5,000.00
-
Telah menjadi anggota melebihi 5 tahun
-
Had maksima pembiayaan ialah RM50,000.00
-
Tempoh bayaran balik pinjaman tidak melebihi 180 bulan atau tidak melebihi usia 65 tahun
-
Bayaran perkhidmatan (murabahah 5% setahun)
-
Untuk tujuan kediaman sendiri sahaja
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Anggota bertaraf kontrak dan sementara adalah tidak layak bagi skim ini
[Kembali ke atas]
Skim pinjaman ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada anggota untuk membeli alat letrik, perabot, komputer, peralatan, telefon mudah alih, pakaian kesihatan, alat penapis air atau lain-lain barangan atau perkhidmatan yang diuruskan pembeliannya oleh pihak koperasi.
-
Amaun pinjaman dihadkan kepada 15 bulan gaji anggota dicampur dengan modal syer berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi tidak termasuk pinjaman bercagar
-
Jumlah syer dari RM1,000.00 hingga
RM2,500.00
-
Penjamin sekurang-kurangnya 3 anggota yang berkelayakan
-
Tempoh bayaran balik tidak melebihi 60 bulan
-
Bayaran perkhidmatan adalah 6% setahun
-
Penyata gaji asal
Anggota layak membuat pinjaman ini walaupun masih menanggung hutang dari lain-lain skim pinjaman dengan syarat mempunyai kelayakan dan boleh dibuat potongan melalui gaji bulanan.
[Kembali ke atas]
Skim pinjaman ini betujuan membantu anggota yang memerlukan kewangan walaupun pinjaman terdahulu belum diselesaikan bayaran sepenuh.
-
Kelayakan maksima pinjaman boleh diberikan secara satu permohonan anggota atau dibuat secara berperingkat
-
Sekiranya pinjaman dibuat secara berperingkat maka kelayakan maksima adalah ditentukan berasas kepada permohonan yang pertama
-
Pinjaman boleh dibuat kepada skim Pinjaman Berjamin atau Pinjaman 90% atas modal syer
-
Pinjaman terdahulu telah diselesaikan melebihi 50% dengan bayaran dibuat melalui potongan gaji
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
Bayaran proses adalah dikenakan sebanyak 2 bulan bayaran perkhidmatan.
[Kembali ke atas]
Tabung Pinjaman Tanpa Penjamin telah diwujudkan oleh koperasi dan telah mula dilaksanakan pada Oktober, 2005.
-
Setiap anggota yang berjawatan tetap dikenakan caruman sekali bayar sebanyak RM20.00 sebagai permulaan dan dikenakan caj seterusnya jika mengambil pinjaman dibawah skim ini seperti berikut:-
- RM1,000.00 dan ke bawah - RM5.00
- RM1,001.00 dan ke atas - RM10.00
-
TPTP hanya menampong 4 skim pinjaman sahaja iaitu :-
- PINJAMAN KECEMASAN – maksima RM3,000.00 - PINJAMAN PERAYAAN - maksima RM1,000.00
- PINJAMAN SEGERA - maksima RM1,000.00 - PINJAMAN INS & CUKAI -
pembelian dari koperasi
[Kembali ke atas]
Skim pinjaman ini bertujuan membantu anggota yang memerlukan kewangan
tanpa membebankan penjamin yang lain.
-
Mempunyai jumlah syer minimum
RM3,000.00.
-
Tempoh bayaran sehingga 84 bulan
-
Tiada penjamin dan berkelayakan
kepada ahli berstatus Tetap
-
Pengesahan daripada Majikan serta 2
orang saksi
-
Caj TPTP adalah 3% dari jumlah
pinjaman
-
Penyata gaji asal terkini
-
Layak mengambil pinjaman Kecemasan
sebanyak RM2,000.00 sahaja
-
Tidak layak memohon lain-lain
pinjaman TPTP
-
Penyata gaji asal dan terkini
-
Pekerja kontrak kemukakan surat
kontrak yang terkini
[Kembali ke atas]
PERANCANGAN PERNIAGAAN
-
Pelaburan Hartanah
-
Dinar Emas
-
Membuka kedai pajak gadai Ar-Rahnu
-
Membuka sebuah kedai farmasi dan pusat dialysis
-
Membuka perniagaan pengangkutan
-
Membuka ladang serai, projek ikan
keli, dan burung wallet dan nenas
  

[Kembali ke atas]
Dalam tempoh 1 April 2003 hingga 31 Mac 2004 Koperasi KOSPETA telah kehilangan seramai 48 anggota
disebabkan kematian. Bantuan Khairat Kematian sebanyak RM17,500.00 telah dibayar kepada waris-waris simati. Koperasi
juga membayar khairat kematian isteri/suami anggota sebanyak RM19,000.00 untuk 23 kematian dan khairat atas kematian
tanggungan anak-anak anggota sebanyak RM4,250.00.
Untuk mengemaskini rekod “Penama” dan juga “Daftar Tanggung” Koperasi KOSPETA telah mengeluarkan borang-borang
untuk di isi dengan lengkap oleh setiap anggota koperasi supaya tidak timbul masalah ketika berlaku kematian. Adalah
diharap anggota-anggota akan bekerjasama dan kembalikan borang-borang yang berkenaan dengan seberapa segera dan dari
masa kesemasa (jika berlaku perubahan) hendaklah mengemaskinikan maklumat “penama” dan “daftar tanggungan” itu.
[Kembali ke atas]
Koperasi telah melaksanakan pemberian bantuan Tabung Derma Kebajikan mulai 2007 yang telah diluluskan pada Mesyuarat Agung tahunan yang lalu.
Tujuan aturan-aturan ini diwujudkan ialah untuk:-
-
Memberi sumbangan urusan pengkebumian bagi kes kematian anggota dan tanggungan anggota (anak-anak).
-
Memberi sumbangan kepada anak-anak (di bawah 21 tahun) selepas kematian ibu atau bapa yang menjadi anggota.
-
Memberi sumbangan perbelanjaan perubatan anggota (pembedahan kos melebihi RM1,000.00 melainkan kes-kes
kerana bersalin hanya sekali sahaja.)
Bantuan hanya kepada anggota-anggota yang mengidap sakit berat antaranya:-
-
Barah
-
Sakit Jantung
-
Ketumbuhan yang serius
-
Mata
-
Rosak Otak
-
Lumpuh dan seumpamanya yang pada pendapat Lembaga sangat wajar mendapat bantuan dari tabung ini.
-
Memberi bantuan kerosakan rumah sendiri secara keseluruhan akibat kebakaran.
-
Memberi bantuan tujuan Keagamaan dan Kenegaraan yang difikirkan patut dan munasabah oleh Lembaga.
[Kembali ke atas]
Pendidikan yang terdapat dan disediakan oleh KOSPETA untuk ahli-ahli adalah melalui kaedah berikut:-
1. KURSUS
Sepanjang tahun pihak Angkasa dan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) ada mengedarkan buku perancangan bagi kursus yang akan
dijalankan sepanjang tahun. Adalah menjadi tanggungjawab anggota untuk mendapatkan maklumat dari KOSPETA, MKM atau pihak
Angkasa sendiri untuk memilih kursus yang ingin dihadiri. Tempoh kehadiran kursus biasanya akan diberi cuti tanpa rekod,
manakala penyediaan tempat penginapan dan makan minum ditanggung oleh Angkasa dan MKM.
2. BENGKEL DAN SEMINAR
Beberapa bengkel dan seminar juga diadakan oleh KOSPETA pada setiap tahun mengikut kawasan-kawasan. Biasanya wakil Angkasa
akan dijemput bersama untuk memberikan ceramah-ceramah berkaitan koperasi. Segala bayaran tambang kehadiran akan ditanggung oleh KOSPETA.

Seminar Sehari Untuk Anggota Zon Selatan di Kelab Batu Pahat, Johor
3. PELANCONGAN
Setiap tahun kemudahan aktiviti pelancongan disediakan oleh KOSPETA.
Malah anggota juga dipelawa untuk memohon pinjaman pelancongan dengan jumlah yang berpatutan.

Peserta Lawatan Sambil Belajar bergambar di salah sebuag Istana Raja Thai terletak di Chiangmai, Thailand

Peserta-peserta lawatan sambil belajar Ke Beijing di hadapan Tembuk Besar China
4. LAMAN WEB DAN PERSEMBAHAN KLIP VIDEO ‘POWER POINT’ SERTA MAJALAH KOSPETA
Sejak 4 tahun lamanya Laman Web KOSPETA dilancarkan, pelbagai maklumat semasa KOSPETA dipaparkan hinggakan borang pinjaman boleh diperolehi segera. Begitu juga
persembahan klip video ‘Power Point’ dan majalah telah digunakan untuk memberi taklimat semasa kempen meningkat ahli atau semasa pelawat datang ke KOSPETA.
5. MAJALAH DAN BUKU-BUKU BACAAN DISEDIAKAN
Selain dari majalah KOSPETA yang dikeluarkan setiap tahun, majalah lain seperti Pelancar, Buletin Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan sebagainya boleh
diperolehi di KOSPETA. Selain itu terdapat bahan-bahan buku bacaan yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.
6. KEMPEN MENINGKAT KEANGGOTAAN
Maklumat mengenai Koperasi juga dibuat semasa menjalankan kempen-kempen menambah ahli.

Pekerja-pekerja Majlis Daerah Yan sedang mendengar taklimat wakil Koperasi dalam Kempen Keanggotaan yang diadakan oleh Koperasi KOSPETA
[Kembali ke atas]
PINJAMAN PELANCONGAN
-
Skim pinjaman pelancongan ini juga dihadkan kepada 12 bulan gaji pemohon dicampurkan dengan jumlah modal syer yang telah dibayar dan ditolak segala tanggungan kepada Koperasi ini kecuali skim pinjaman yang diliputi oleh cagaran;
-
Pinjaman dibawah skim ini boleh diberikan kepada anggota-anggota yang ingin membuat lawatan dalam atau luar negeri yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi;
-
Skim pinjaman ini hendaklah dijamin oleh sekurang-kurangnya 2 orang anggota yang berkelayakan. Jumlah tanggungan jaminan yang dikenakan ke atas penjamin-penjamin itu samada secara bersekutu atau berasing-asingan hendaklah meliputi keseluruhan pinjaman itu;
-
Tempoh bayaran balik pinjaman ini adalah tidak melebihi 60 bulan dengan dikenakperkhidmatanan bayaran sebanyak 6% setahun;
-
Pinjaman dibawah skim ini adalah tertakluk kepada bayaran proses yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa;
-
Seseorang anggota layak mendapat pinjaman dibawah skim ini sehingga 4 kali dalam tempoh semasa ia masih menanggung hutang skim pinjaman lain.
[Kembali ke atas]
-
Pembelian Harta Tanah/ projek perumahan untuk anggota dan bukan anggota
-
Pembayaran yuran syer dan pinjaman secara ‘on-line’ (sistem berkomputer)
-
Semakan syer anggota dan baki pinjaman melalui internet.
Meningkatkan nilai modal insan Warga Kerja. Juruaudit dan Anggota Lembaga.
Memperluaskan apa-apa perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan.
-
Pembelian bangunan baru di tempat
yang strategik
[Kembali ke atas]
|